Isnin, 17 November 2008

Roti Gula

Dah dua minggu ni nafsu makan tinggi betullah... Sejak terpengaruh ngan roti Kak Yani, sampai la ni asyik nak makan roti jer.... ehehehheheh...



Bahan-bahan
  • 250g tepung roti
  • 1 biji telur
  • 2 sk yis kering
  • 30g gula halus
  • secubit garam
  • 10g skim milk
  • 1 sb marjerin / shortening
  • 125cc air
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan, kacau rata.
  2. Uli semua bahan hingga jd doh.... biarkan sekejap dlm 5 minit... Tutupkan dengan plastik wrap atau kain basah.
  3. Tumbuk roti untuk keluarkan angin. Uli lagi adunan dlam 10 min... Tutup balik bowl tu dgn plastik wrap.... kali ni biarkan dia naik 2 kali ganda...
  4. Bahagikan adunan kepada 8-10. Kemudian buat bulat. Susun dlm bekas dan biarkan naik 2 kali ganda.
  5. Bakar dgn suhu 180c (bergantung pd oven) selama lebih kurang 10 min...
  6. Siap sapukan butter or marjerin n taburkan gula

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...