Rabu, 12 November 2008

Cencaru Sumbat Goreng

Start pukul 10 pg jer mulalah kepala ni duk pikir nak masak apalah tghhari nanti..... Alahai..... lomah rasa...... yg ada ikan cencaru.... nak wat apa erk????.... Goreng jerlah senang kerja.... tp cam tak best lak goreng jer..... Sumbatlah sikit perut dia.....



Bahan-bahan
  • 1 kg ikan cencaru
  • 1/2 biji kelapa parut
  • * 3-4 biji bawang merah
  • * 2-3 ulas bawang putih
  • * 1 sudu besar udang kering
  • * 1/2 inci kunyit
  • * 2 batang serai
  • * 2 biji buah keras
  • 2 sb lada boh
  • sedikit air asam jawa
  • garam, gula n perasa
Cara-cara
  1. Tumbuk semua bahan bertanda * Tumis lada boh hingga garing. Masukkan bahan tumbuk, tumis hingga garing n naik bau.
  2. Masukkan sedikit air asam jawa. Bila agak kering masukkan kelapa parut dan gaul sakata. Masukkan garam, gula n perasa kalau suka... Biar sampai kering... ala-ala serunding.
  3. Sementara tunggu kelapa kering, bersihkan ikan dan belah di bahagian belakang ikan.
  4. Sumbatkan kelapa yg telah siap kedalam ikan. Lumurkan ikan dgn sedikit garam n serbuk kunyit. Goreng ikan hingga masak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...