Isnin, 24 November 2008

Apam Gula Melaka

Betullah.... nafsu makan ni selain didorong oleh rasa lapar, ia juga digalakkan dgn keinginan dan kemahuan apabila nak merasa makanan yg kita nampak.... Saraf manghantar maklumat ke otak sehingga mewujudkan keinginan dan kemahuan utk mkn walaupun perut tak lapar...... Apenda den merepek ni...

Tapi yg pasti den nak mkn apam ni... bila Kak Yani, Kak Nor n Kak Fiza buat apam.... Bencillah diorang ni..... suke ransang nafsu org.... Ni kalau den pi check klinik... berat naik berkilo2 dan den kena pi klinik 2 hari sekali... mmglah kakak2 ni yg bersalah.... huwahhhhhhh




Bahan-bahan
  • * 1 cwn air
  • * 1/2 cwn gula melaka yg telah diracik halus
  • * sehelai daun pandan
  • 2 cwn tepung
  • 1 sk dry yeast
  • 3/4 cwn air
  • 3 sb gula pasir ( boleh kurang atau tambah ikut suka nak manis mcmmana )
  • secubit garam

Cara-cara

  1. Masak bahan bertanda* hingga gula melaka larut dan dibiarkan sejuk.
  2. Campurkan semua bahan dan air gula yg telah sejuk dan gaul rata.
  3. Seeloknya campuran tadi di masukkan didalam bekas besar. Tutup dan bibiarkan selama 40min atau sehingga adunan naik hingga 3x ganda.
  4. Tuangkan adunan kedalam loyang yg telah dilengserkan minyak. Biar sekejap dlm 5 min.
  5. Kukus adunan selama 30-35 min atau bila dicucukkan lidi, lidi keluar bersih.
  6. Sedap dimakan dgn kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...