Isnin, 3 November 2008

Daging Baryani

Patut ker ada nasi... tapi lauk tak de..... Ni kira pasangan tuk nasi baryanilah.... Kena buat tak kiralah daging ker kambing or ayam..... Sebb kita perlukan kuahnyer tuk letak kat nasi..... sebagai ramuan rahsia tuk buat nasi baryani jadi lebih sedap..... Dan akan lebih lengkap dan nikmat kalau ada dalca, pencuk atau pajeri n acar buah..... Perghhhhh.... memang sedaplah n berlemak...... Hihihihihihi....



Bahan-bahan
  • 1 kg daging lembu @ daging kambing dibersihkan dan di potong kecil.
  • 1 labu bawang besar dihiris
  • 10 gm rempah tumis
  • * 4 tangkai lada hijau
  • * 6 biji bawang merah
  • * 5 ulas bawang putih
  • * 1 inci halia
  • 3 sb rempah baryani
  • 2 sb tomato puree
  • daun saderi
  • daun bawang
  • daun ketumbar
  • daun pudina dipotong
  • 4 tangkai lada hijau
  • 2 biji tomato potong kecil
  • 3 sb besar susu cair diperah dgn 2 biji limau kasturi utk dijadikan tairu
  • gajus dan kismis di goreng
  • sedikit minyak sapi ghee utk menumis
Cara-cara
  1. Kisar bahan bertanda *. Tuang sedikit bahan kisar kedalam daging dan diperap sekejap.
  2. Tumis bawang besar yg dihiris dgn rempah tumis hingga naik bau. Masukkan lebihan bahan kisar dan tumis hingga garing.
  3. Bila bahan tumisan sudah garing masukkan rempah baryani, tumis lg hingga betul2 garing dan naik bau. Masukkan daging dan masak daging hingga daging empuk. Masukkan sekali tomato puree, garam, gula dan pak aji.
  4. Bila daging hampir empuk masukkan tairu, tomato, lada hijau, daun-daunan yg dipotong lbh kurang 2 inci.
  5. Akhir sekali bila daging sudah masak masukkan gajus dan kismis yg telah digreng. Akan bangkit minyak bila daging masak, gunakan minyak itu utk buat nasi baryani.
  6. ** tips utk gunakan daging kambing, seeloknya perap dgg dgn tepung dulu sekurangnya 1 jam utk menghilangkan bau hanyir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...