Selasa, 25 November 2008

Banana Yogurt Muffin

Last week pi tesco.... Kat tesco kan, kadang2 ada bahagian reduce to clear... Nampak lak ada yogurt yg tarikh expired dia ada lg 6 hari.... Lama tu... tuk den sbb satu hari 2-3 cup leh mkn.... Tgk harga RM0.41 jer... Murah tu.... Tak agak2, ambik byk tu.... Tapi salah ambik lak, ambik yg perisa asli.... hahhahahaha... padan muka den... tak sedaplak nak mkn gitu aje... 1 okeylah, ni byk lak... Apalah nak buat ni erk..... So cari punyer cari..... jumpalah resepi muffin ni... Resepi dari kak yani yg terror tu... So utk mengabiskan yogurt.... jadilah Banana Yogurt Muffin ni..... Thanks Kak Yani........



Akak, saya kopipes jer eh.....

Bahan-bahan
  • 1 biji pisang
  • 50g yogurt
  • 120g tepung
  • 50g gula
  • 50g mentega
  • 30cc fresh cream
  • 1 biji telur
  • 5g baking powder
Cara-cara
  1. Naikkan suhu oven ke 180C
  2. Lenyekkan pisang
  3. Pukul gula dan mentega sehingga kembang
  4. Masukkan telur, pukul lagi
  5. Masukkan yogurt dan fresh cream
  6. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam adunan
  7. Kacau tepung sehingga sebati
  8. Masukkan ke dalam cup muffin
  9. Bakar selama 25minit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...