Khamis, 31 Julai 2008

Daging Pedas Berempah........

Hari tu suruh cik hubby pi beli daging..... Ingat nak buat sate goreng...... Tapi nak buat sate ni kena perap dulu... Tak tahulah kenapa tapi tok guru yg ajar tu kata 4 hari kurang-kurangyer... Yolah den ikut jerlah...... Dah siap perap... Baru terfikir, apalak nak makan tghhari ni karang kang..... Alang2 dah duk pegang daging ni ambiklah sikit buat sambal pedas ..... Dia mcm dendeng tapi lain sikit... Tak tahu apa nama nak bagi kat lauk daging ni hah....... bolehlah bagi dia nama daging pedas berempah sobab kalo tanyo omak den pun.... dia kato lagu tu gok.... So layannn jerlah......




Bahan - Bahan

Bahan A
  • 1/2 kg daging
  • 1 inci lengkuas diketuk
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk
  • 1/2 inci halia ditumbuk
Bahan B
  • *3 biji bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *1/2 inci halia
  • *1/2 inci kunyit
  • *2 sb campuran ketumbar, jintan putih dan manis
  • *1 batang serai
  • *5 batang lada merah (lada hidup)
  • 2 sb cili boh
  • 2 sb sos tomato/cili
  • sedikit garam n gula
  • perasa kalau suka.
Cara-cara
  1. Rebus daging dgn semua bahan A hingga daging empuk. Ketepikan daging dan biarkan sejuk sebelum dihiris
  2. Kisar semua bahan bertanda * pada bahan2 B
  3. Tumis cili boh hingga garing. masukkan bahan yg sudah dikisar, tumis hingga garing dan terbit minyak.
  4. Sementara menunggu rempah yg ditumis garing... hiris daging, nipis-nipis... Simpan air rebusan daging.
  5. Bila bahan ditumis sudah terbit minyak masukkan air rebusan daging, biarkan kuah mendidih. Masukkan daging.
  6. Masukkan sos cili, garam, gula n perasa kalau suka... Tumis hingga kuah agak pekat n kering.......

Rabu, 30 Julai 2008

Teh Candu ker Teh Dangdut

Ingat lagi first time den jumpa air teh ni..... Masa tu on the way balik ke kampung, Singgah kat R&R Gunung Semanggul (Bukit Merah).... Nampak lak satu kedai jual air tu...ada gambar teh tarik, cam best jer....sbb air tu berlapis macam coffee latte lah pulak..... Nama dia lucu.. Teh Candu, tanyalah kat budak yg jaga kedai tu.... apa rasa teh ni, dia kata mcm teh tarik biasa jer...... oh yer ker..... Sbb sifat ingin tahu yg menebal ni, den pun orderlah air teh candu ni satu...... Cun tul air tu... penat den fikir camaner agaknyer dia buat air ni... Yelah kalau mee kari sedap boleh gak agak2 bahan2nya... Tapi ni method, boleh ker main try2 ni............

Semalam kat MYR kuar lak resepi ni air teh ni hah...... Tapi ada kata nama teh ni Teh Dangdut, sebab dia goyang2 gedik gitu, ye ker.... Yang tu tak pastilah pulak....... So dgn penuh semangat nak trylah buat...... Percubaan pertama gagal... dia bercampur lak.... penat den fikir camana nak buat ni.... Akhirnya berkat berfikir berjaya gak buat.... eheheheh.... thanks sgt kat Siti Mariam for this method........

Ahad, 27 Julai 2008

Bila nak siap niii................

Week ni...... sgt2lah tak sehat... satu kerja tak leh buat... Masak pun yg simple sesangat...... nasib baiklah my kids tak kesah sgt.....Dlm duk melayan badan yg tak sehat ni terpandang lak satu sudut yg den tak jenguk2 lagi........

Huwahhhhhh....... my sis nyer hantaran tuk wedding dia... tak but lagi, boleh siap ker ni..........



Nampaknyer kenalah den menatap bendalah lepas ni... wedding pun dah nak dekat next month..... 080808........

Isnin, 21 Julai 2008

Bakso

Bulan lepas masa kat kampung.... terasa nak mkn bakso... So aku n my sis pilah kat sri gading nak cari kedai yg ada jual bakso ni...... Truly memang indonesianya baksolah...... Sampai2 carilah kedai tu... dah tak de dah..... Emmmmm kempunanlah nak makan bakso ni.... lama dah pun tak pergi kat situ, 4 tahun kot......eheheheh........

My sis bagilah cadangan dia kata kat peserai lama ada..... kat ngan mampan.... so apalagi, jalan..... Sampai situ orderlah bakso...... Emmmm kuah dia bukan tak best cuma it's just a good sup tp bukan kuah bakso... bebolalah dia pun rasa dia lain..... tapi memandangkan den ni lapar n tak kesah......Makan jerlah.... belasah jer..... balik rumah...cam biasa lepak kat warong mak.. duk citelah pi mkn bakso..... Lupa lak my mom ada pekerja indon ni sorang... akak ni org bukit tinggi dia pun ajarlah camana nak buat bakso.......




Bahan-bahan

Bebola daging
  • 400 gm daging lembu kisar
  • 2 biji bawang merah diracik halus
  • 2 ulas bawang putih diracik halus
  • sedikit lada sulah
  • 1 sk tepung ubi / jagung
  • 2 sb telur (1/2 biji)
  • sedikit garam
Kuah
  • 2 biji bawang merah dihiris
  • *2 ulas bawang putih
  • *1/2 inci halia
  • *1 sk lada putih biji.
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 sb pati daging / ayam
  • sedikit serbuk lada sulah
  • Garam n perasa
Cara -cara
  1. Utk bebola, gaul semua bahan utk bebola. bentukkan bulat (ikut suka nak besar camana)
  2. Siap buat bebola ketepikan dulu.
  3. Utk Kuah, tumbuk bahan bertanda *. Kemudian panaskan minyak dan tumis bawang merah hingga garing. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi dan serai. Biar garing n naik bau, masukkan air. Masukkan pati dading, serbuk lada sulah, sedikit garam n perasa.
  4. Bila mendidih masukkan bebola yg telah siap dibentuk tadi. Bila bebola timbul maknanya bebola dah masak dan sedia tuk dihidang...
  5. Boleh gunakan mee kuning atau bee hoon.
  6. Biasanya bakso dihidangkan dgn taugeh dan hirisan kobis halus..
  7. Bakso sedap dimakan dgn lada n bawang putih yg ditumbuk... berasingan dgn kicap... Kicap yg diguna ialah kicap ABC. kat indonesia mcm tulah.....


Jumaat, 18 Julai 2008

Lemak Pucuk Rebung

Arih tu pi nat (pasar malam), stail hidup kat sini beli barang basah kat nat... Bukan takde pasar tapi nak harap pasar pauh ni apa jer yg ada..... nak pi kangar jauh tu...... Sampai nat duk terpusing2 cari lauk... Nampak lak rebung.... Org kat sini suka masak rebung ni campur ngan benda lain cam daging ker, biasanya depa akan masak kari, kurma tak pun lemak kuning...... Den ni jawo tak leh mkn lemak cam tu........ nak makan nyer pasal masaklah sendiri......

Selasa, 15 Julai 2008

Masak Lemak Nangka dgn Daun Selasih....



Bahan-Bahan

  • 500 gm nangka muda
  • 1 sb cili boh
  • *3 biji bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *1 sk udang kering
  • *1/2 inci kunyit hidup
  • *1 sb campuran ketumbar & jintan
  • daun selasih...
  • 1 cawan santan pekat...
  • sedikit gam, gula n perasa..

Cara-cara
  1. Rebus nangka hingga setengah masak... Tapis dan ketepikan....
  2. Tumis lada boh hingga garing.... Kisar bahan bertanda *...
  3. Bila lada tadi sudah garing masukkan bahan kisar, tumis hingga naik bau dan terbit minyak.
  4. Masukkan air dlm 2-3 cawan (jumlah air leh adjust)
  5. Bila mendidih masukkan nangka yg telah direbus tabi.. biarkan mereneh...
  6. Masukkan santan.. Biar hingga menddidh.. Jaga jgn sampai pecah santan..
  7. Boleh masukkan daun selasih.. garam, gula n perasa...

Isnin, 14 Julai 2008

Bunga oh bunga



Location ; Rumah my MIL...
Km 24 jln Batu Gajah,
Merlimau, Melaka.

Ahad, 13 Julai 2008

Kerabu Pucuk Kunyit



Bahan-bahan ( 2-3 org )

* 6-7 helai daun pucuk kunyit (kalau yg masih bergulung2 tu lagi sedap)
* 1 ekor ikan kembong (70-80gm) dibakar
* 1 sk udang kering basuh dan digoreng
* 1 biji bawang merah
* 10-12 biji cili padi
* 1 batang serai
* 50 gm (2 sb) kelapa parut disangai hingga kuning
* #1 biji limau kasturi
* #sedikit garam, gula n perasa kalau suka

Cara-cara

1. Pucuk kunyit dibersihkan, hiris halus mcm nak buat bunga rampai. Masukkan dlm satu bekas. ketepikan

2. Ambil isi ikan dan tumbuk bersama semua bahan lain kecuali yg bertanda #, tumbuk kasar2 pun tak pe..

3. Masukkan bahan yg telah ditumbuk kedlm bekas berisi daun kunyit tadi. Perahkan air limau kasturi. Masukkan garam, gula n perasa. Gaul sekata n siap...... bolehlah dihidang...

Sabtu, 12 Julai 2008

Mee Kicap



Bahan-bahan ( 2 org )

* 250 gm mee kuning
* lbh kurang 40-50 gm taugeh

KUAH
* 2 biji bawang putih diracik halus
* 1 sb minyak masak
* 1cm halia ditumbuk
* 3 sb kicap manis
* 3 sb sos tiram
* 1 sk kicap pekat
* 1 sk pati ikan bilis (saya guna brand tumix)
* sedikit lada sulah
* 1 cwn air
* garam n sedikit gula kalau perlu......

SUP
* 1 biji bawang merah
* 1 ulas bwg putih
* 3 cwn air
* 1 sk pati ikan bilis
* fish cake n fish ball
* sedikit lada sulah n garam

Cara-cara

1. Panaskan minyak... tumis bawang putih hingga kekuningan n garing... Kuarkan bawang putih. (Jgn buang akan tabur kat mee nanti.....). Kita akan dpt minyak bawang putih....

2. Dgn minyak tadi tumis halia hingga naik bau masukkkan kicap manis, sos tiram, air n kicap pekat. Biar mendidih...

3. Masukkan lada sulah, pati ikan bilis n garam n gula kalau sos tiram tak masin. Biar hingga kuah pekat.... Siap, matikan api.

4. *UTK SUP*

5. Tumis bawang merah n bawang putih hingga naik bau masukkan air... biar mendidih, letak pati ikan bilis lada sulah, fishball, fish cake n sikit garam... biar mendidih n siap...

6. Celur mee n taugeh... tapis...letak kat pinggan n tuang kuah kicap..... tabur ngan daun bawang, bawang putih goreng... Siap tuk dihidang......

7. Hidang bersama sup n lada kicap..... Biasanya saya suka mkn ngan ayam hainan

Khamis, 10 Julai 2008

Loh Mai Chi




Bahan-bahan ( 15-16 biji )

* 1 cawan tepung beras
* 1 cawan tepung pulut
* lebih kurang 1 cawan air
* secubit garam

* INTI
* 100 gm kacang tanah
* 2 sb gula pasir

* **3 sb tepung digoreng tanpa minyak hingga masak jgn sampai kekuningan.

Cara-cara

1. Campurkan tepung pulut dan tepung beras. Gaulkan dgn air dan sedikit garam hingga menjadi doh..

2. Sebelum itu goreng kacang tanah tanpa minyak hingga masak. Buang kulit dan tumbuk kacang. Gaul kacang yang telah ditumbuk dgn gula... jadilah inti dia....

3. Panaskan air dalam periuk.

4. Buat doh kecil dan masukkan inti. Masukkan doh yg siap ke dlm air yg mendidih. (Macam buat buah melaka).

5. Doh yg masak akan timbul. Akan doh yg timbul dan golekkan keatas tepung beras yg telah di goreng tadi. Siap

Ahad, 6 Julai 2008

Makan, makan, larat ker nak makan?

Sepatutnya semalam kami dah balik perlis dah (den sekeluargalah) tapi my bil baru dapat promotion lak. So dia nak payung makan.... mana lagi nak makan kalau duk melaka ni selain tak kat Ikan Bakar..... Emmmmmm bosanlah asyik ikan bakar jer... This lately ikan bakar dah tak berapa bestlah..... So makan kat mana.. kat Yong Tau Fu yg letak kat batu berendam

Lama dah nak makan kat situ selalu dengar hubby duk cite jer... tapi tak nak dibawaknya den pi situ..... Sampai jer kat sana mak oii..punyalah ramai org.... Besar rupanya kedai ni dua tingkat lagi... jual yong Tau Fu jer... Tapi kalau nak cari makanan yg goreng2 ada jugak cuma tak berapa popularlah.. patutlah popular dia punya yong tau fu.... dia punya bahan punyalah byk.... dlm byk2 benda aku suka paru n tempe jer... mana nak cari Yong Tu fu ada tempe ni.....

Tak delah ambik byk pun... boleh kata semua bhn just ambik satu nak trylah katakan.... Mak...Oiiiiii... sekali dia hantar ambik ko...... 2 magkuk besor.... Yang nak makan den, my hubby, my fil, bil n tunang dia...... Ya Allah byk tul rezeki ni...... Ikut perut memang tak larat nak mkn tapi ngenangkan bil belanja.. ditambah dgn perjalanan kesana pun lebih setengah jam.... Ku usahakan juga mkn...... Kesian hubby pi mandai2 ambik brokoli...ambik ko kena habiskan sbb org lain tak mkn.... he..he....

Jumaat, 4 Julai 2008

Mana budi mana bahasa?????

Minggu lepas, Den pegi kat sebuah IPTA ni yg terletak kat selatan malaysia ni. Datang dengan semangat dan harapan yg tinggi sampai jer kat pintu masuk, kat pintu keselamatan. Pengawal kat situ dgn sopan dan tertibnya tunjuklah kat mana arah yang patut dituju..

Sampai jer kat situ takde sapa2. Wahhh!!!! lengan ni senanglah nak berurusan. Kemudian aku didatangi oleh sorang lelaki bertanyakan tujuan aku. lepas beberapa ketika tiba2, dia minta diri sekejap, so kenalah aku tunggu.... Tapi setelah hampir 1/2 jam aku duk terpacak (tak dipelawa duduk walaupun ada byk kerusi kat situ) di tak juga muncul. Aku okay lagi tp hubby dah start panas dah, lebih panas lagi bila tgk staf kat situ lalu lalang saja jer tak de sorang pun yg tegur atau bertanya......... Bertambah2 lg panas bila kat tempat kami diri tu depan kaunter yg ada sorang kerani Oppssss kerani ker? kerani ker tak tau lah pulak kalau pegawai sbb dia amat tekun dan bersungguh2 duk kat kaunter perkhidmatan sambil lipat fliers.( Tak de salahnya kalau kita kerani, tak kiralah n17 ker n11 ker atau PAR sekalipun, tapi kita memang perlu berbudi bahasa) Disebabkan aku tak nak hubby aku jadi volcano so aku pi lah bertanya kat budak pompuan ni yg duk kat kaunter tu, mak oiiii punya berbudi bahasa budak tu.... Dgn penuh lagak dia jawab soalan aku mcm nak tak nak jer..... Kesian aku kena marah2 pagi buta ni..... Aku lak boleh senyum lagi kat dia.(org mcm nilah yg menyebabkan pandangan kita terhadap kerani jadi stereotaip). Susah sgat ker nak senyum.......... Lagi satu, sepanjang aku berdiri kat situ boleh dengar bunyi telepon tak henti2 tp tak de sorang pun yg angkat telepon nak kata tak de org... ramai jer aku tengok.... patutlah aku tepon tak pernah berangkat... nak mengesahkan lagi masa aku jadi pelakun tambahan duk diri jer tu, aku trylah call memang betul pun tak berangkat.

Rabu lepas aku pi lagi ke IPTA ni, tapi kali ni tak pergi kat bahagian pendaftar direct jer kat bahagian akademik. Org yang nak dicari takde. kemudian sorang staff kat situ bagi tau dia pi meeting. So aku kata tak pelah aku tunggu. Disebab dia seorang yang berhemah dan berbudi bahasa, dia suruh aku tinggalkan no. phone, supaya senang nak hubungi balik. Aku pun balik, yerlah mana tau lamakan. Tak sampai rumah dia dah call balik. Staff ni very polite dan tertib mcm langit ngan bumi ngan staff kat bahagian pendaftar..... Kesimpulannya bukan sebab org tu kerani ker pegawai ker jaga ker atau doktor.. tapi budi pekerti ni kualiti diri sendiri. Kita yang letak mana tinggi nyer budi bahasa kita..... kalau org kata berurusan dgn kerani sektor awam menyakitkan, salah tu bukan kerani yang salah sebaliknya individu, sebab satu tempat yg sama berlainan bahagian kita jumpa dua individu yang berbeza....... Sekadar tu utk renungan dan rujukan diri sendiri......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...