Khamis, 10 Julai 2008

Loh Mai Chi




Bahan-bahan ( 15-16 biji )

* 1 cawan tepung beras
* 1 cawan tepung pulut
* lebih kurang 1 cawan air
* secubit garam

* INTI
* 100 gm kacang tanah
* 2 sb gula pasir

* **3 sb tepung digoreng tanpa minyak hingga masak jgn sampai kekuningan.

Cara-cara

1. Campurkan tepung pulut dan tepung beras. Gaulkan dgn air dan sedikit garam hingga menjadi doh..

2. Sebelum itu goreng kacang tanah tanpa minyak hingga masak. Buang kulit dan tumbuk kacang. Gaul kacang yang telah ditumbuk dgn gula... jadilah inti dia....

3. Panaskan air dalam periuk.

4. Buat doh kecil dan masukkan inti. Masukkan doh yg siap ke dlm air yg mendidih. (Macam buat buah melaka).

5. Doh yg masak akan timbul. Akan doh yg timbul dan golekkan keatas tepung beras yg telah di goreng tadi. Siap

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...