Selasa, 24 Jun 2008

Dalam Dilema

Dah lebih 2 minggu aku kat kampung (batu pahat).... My hubby balik perlis lepas kenduri kahwin cousin dia.... Nak save duit petrol yg dah terlampau ni..... lagi pun tak lama 2 minggu jer, lepastu dah cuti... So kami decide, den tinggal kg, hubby balik naik bas jer......

Kat kg ni my mum ada bisnes kedai makan, kat rumah pun ramai org lg so seronoklah duk kampung. Ada sorg cousin den ni yg rajin dan menjadi kesayangan mak den.... sbb dia rajin, time cuti semester jer mesti dia tolong kat kedai....khamis lepas 19 hb dia dtg kerja ckp adik dia dpt masuk UKM course GEOLOGI... Dlm duk borak teringat lak dgn permohonan den, nak cek lagu mana tak da tenet kat rumah mak den so call hubby suruh cek.... TAHNIAH..... satu ayat yg agak keramat dan amat menggembirakan hati saat tu tp...... terkejut hubby bila tgk dpat kat UMS... Aduh terkeduuuu... rasanya..

Camamana eh.... tersekat antara cita2 dan tanggung jawab...Tak tau nak buat camana ikut hati memang nak pi tp duk kenang anak yg kecik lg tu sayu pulak...... Entahlah kusut...... YA ALLAH BERILAH AKU PETUNJUK.......

Bincang punya bincang, keputusan dibuat tuk buat appeal tukar Universiti...... hopefully dpt walaupun tau misi ni agak sukar......... Harap dgn kesungguhan, usaha dan keikhlasan ni dptlah hendaknya....... Who's Know........

Isnin, 2 Jun 2008

Inang-inang

Susahnyer nak cari kuih ni kalau kita tak duduk kat melaka………Nak buat pun tak derlah susah sgt…. cuma perlukan bantuan cahaya matahari yg indah lagi terik…… Lagi satu, yg paling penting sekali…. semangat nak buat…….

Inang- Inang

Bahan-bahan

  1. 1 kg beras pulut
  2. Lebih kurang 6 cwn air / separa dgn pulut
  3. Sedikit garam
  4. pewarna merah, kuning n hijau @ apa2 warna kite suka
  5. sedikit kapur dicampur dgn air

Cara-cara

  • Basuh pulut bersih, sebelum tu rendam pulut dlm 1 jam pun okey. Letak pulut dlm loyang n masukkan air agak2 paras pulut, letak sikit garam dan ratakan. Kukus pulut hingga tanak
  • Kuarkan pulut dari loyang, bahgikan pulut pada 3. Setiap satu bahagian titiskan dgn sedikit pewarna (sikit jer), gaul rata. Ratakan pulut atas loyang atau dulang… ratakan senipis yg mungkin.
  • Dgn menggunakan terap (terlebih dahulu basahkan tgn dan penerap dgn sikit air kapur), cetak pulut yg telah diratakan tadi. Susun pulut diatas dulang… Setelah siap menerap bolehlah dijemur……
  • Waktu inilah cahaya matahari yg indah itu akan membantu mengeringkan inang2 tu nanti… Kalau hari panas, 2 hari jemur pun dah okey dah……
Senangkan….. pada yg suka tp duk jauh dari melaka atau nak buat bisnes leh lah buat…….

Ahad, 1 Jun 2008

Siakap bakar berlada

Nilah lauk yg jd santapan semalam sbb air tak kuar….. Sakitnya hati susah nak buat kerja tak de air ni…. Masuk hari ni dah 2 hari tak de air.... Nampaknya hari ni, makan luarlah......
Masak tu boleh tp nak mengemas yg leceh….. Ikan siakap ni memang dah siap siang dan basuh sekali masa simpan dlm dlm fridge so senang… Kuarkan dan bakar jer… Sambal dia pun tak yah buat sbb selalunya saya mmg buat byk pes sambal n simpan dlm fridge… ala2 pes…. Saya cdgkan kat org lain pun buat cam ni sbb kalau nak buat asam pedas pun boleh guna pes sambal ni …takyah beli rempah asam pedas maggi ker brahim, buat sendiri jer… Sebut pasal rempah buat sendiri ni byk gak rempah yg saya buat sendiri utk memudahkan hidup saya ni… mcm kuah pasembor… rempah soto yg boleh buat rendang, sate atau goreng ayam… Eh tu lain kali citelah eh…..

Siakap Bakar

Bahan-bahan

  1. 1 ekor ikan siakap dlm 500gm
  2. 4 sb lada boh / cili giling
  3. *3 biji bawang merah
  4. *2 ulas bawang putih
  5. *1/2 inci kunyit
  6. *1/2 inci halia
  7. 2 sb air asam jawa
  8. 1 btg serai diketuk
  9. gula n garam secukup rasa
Cara-cara
  • Bersihkan ikan dan belah dua. lumurkan sedikit garam dan bakar
  • Kisar semua bahan bertanda. Tumis lada boh hingga garing. masukkan bahan kisar dan masak hingga garing atau terbit minyak
  • Masukkan serai, garam dan gula secukup rasa. Masak sambal hingga menjadi pes yg pekat.
  • Bila ikan hampir masak lumurkan pes sambal keatas ikan, bakar hingga masak.
Pes sambal ni boleh buat byk, simpan dlm fridge.

Tunang time raya cina ( my 2nd big brother )

Ingat tak, den pernah ckp sebelum yg sblm ni, yg ni adalah satu permulaan yg baru namun.... nak juga cite ttg my 2nd big brother punya hari pertunangan.... Lepas dah 9 Feb 2008

Selamat bertunang tuk my lovely brother IZWAN BIN MOHD MUTTAR dgn SUTINA....... Cepatlah2 kahwin sbb ko dah tua......

Ada cite yg lucu tentang majlis ni nantilah eh sambung..........

A fresh new day

Emmmmm akhirnya dpt gak wat blog baru..... Tempat yg boleh memberikan idea dan inspirasi buat den.... Sblm ni ada dah wat blog tp.... naik bersawang..... sampai lupa password nak masukk.....moga2 kali ni tak lah...... Harap ni akan jadi permulaan yg baru...... Tak delah lg, jadi tukun jerr.....

Very typical malay..... dulu masa kecik, cukup suka balik kampung lepak rumah atuk.... Bukan ada apa pun tp suasana tu yg best. Ingat lagi rumah lama kat johor biasanya tinggi2.. Selalu depa ada tempat lepak tuk borak2. Kat mana lagilah kalau tak kat pangkin. Tempat berkongsi cerita, idea dan yg paling penting berkongsi kasih dan sayang.... Lepak, rilek and bersantai sambil makan2... yer makan2 ingat lagi mkn ubi rebus berlaukkan ikan tenggiri masin ngan sambal bilis kering, minumlah air kopi gobres, perghh memang bestlah... lebih best lg bila mengenangkannya kembali........

So..... sama2lah kita meneruskan budaya kita..... harap disini memberikan kegembiraan, sahabat, ilmu dan kenangan yg indah...... Selamatlah hendaknya......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...