Khamis, 11 Ogos 2011

Ketupat Goreng



Assalammualaikum, 

Salam sejahtera.... Masuk hari ni.... alhamdulillah kalau sampai.... 11 hari sudah,  kita umat islam berpuasa...  Kat rumah den berbuka makan biasa-biasa tak der yg spesel... Dan selepas 10 hari....... baru seru sampai.... hehehehe....

2 hari lepas berbuka dgn soto..... Ntah apa ker pesen, sebungkus den rebus ketupat mini segera.... Side kick semua habis.... tinggal ketupat ada tinggal lagi 8 ketui.... Simpan dalam fridge... kononnyer kalau rajin nak buat kuah sup lagi.... Tak der mananyer rajin... Kesian lak tgk ketupat tu tido lelama kat dalam fridge... Plan semalam nak buat spicy crisp noodle.... Lecehlah... tak rajin... Penyudahnyer buatlah ketupat segera... nge... nge... nge... Yang pasti semua makan....  Sebab kat rumah ni... kalau den masak tak ada yg makan... startlah mulut ni mengomel tak memasal..



Ketupat Goreng my style

Bahan-bahan
  • 8 biji ketupat mini
  • * 2- 3 biji bawang merah
  • * 1 ulas bawang putih
  • * 1 sudu besar ikan bilis yg telah direndam
  • * 7-8 biji cili padi
  • 1 sb lada boh
  • lebih kurang 1/2 cawan daging cincang ( tak taulah napaer... tapi saya cukup suker letak dgg cincang tiap kali goreng ketupat )
  • 1 batang kacang panjang dipotong kecil
  • 1/4 batang lobak merah didadu kecil
  • 1 sudu kecil kicap pekat
  • garam n perasa
  • sebiji telur
  • daun bawang n daun sup dihiris halus ( satu lagi benda yg saya suker gaul sekali dlm ketupat goreng ni )
Cara-cara
  1. Potong kecil ketupat n ketepikan ( saya suker potong kecil jadi 16-18 sebiji ketupat tu )
  2. Tumbuk halus bahan bertanda *.. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau
  3. Masukkan lada boh... tumis hingga garing n terbit minyak
  4. Masukkan daging cincang.. tumis lagi... letak sikit air n kicap pekat
  5. Letak kacang panjang, lobak merah, buh sekali garam n perasa kalau suker
  6. Masukkan ketupat yg telah di potong kecil tadi.... Gaul rata
  7. Pecahkan telur... Last sekali saya akan masukkan separuh hirisan daun bawang n daun sup... separuh lagi simpan tuk garnish...
  8. Gaul rata n siap....

6 ulasan:

  1. Salam che`Iza! kalau lama sgt duk kat peti ais hulur kesiam jerr ketupat2 tu sume, kita tgh catu ni nak sampaikan raya hihihi punyer lah syg nak guna ketupat segera kita tuuu lg sikit jerrr dah lah org2 dlm umah ni suke ketupat segera :D

    BalasPadam
  2. kita memang dah lama teringin nak makan ketupat...tapi malas nak buat kuah kacang..kekekek..hari tu cousin nak makan soto pun sampai ke la tak buat2..sian lak bila diingat...huhuhu

    BalasPadam
  3. selalu wat mcm ni dlm bulan raya je za, pasal banyak dpt ketupat, org ngunjung... hahaha

    BalasPadam
  4. Ijayuji...... Laa, ciannyer kat sana tak ada jual ker ijah.... Buat sendirilah ketupat segera tu

    Quinnie...... Buat q... jgn ngengada nak malas2.. ko bukan ada laki nak kena jaga... pi buat sana...

    Anawahid..... Raya tak den lah kak... Manjang tak cukup jer kerupat ni... Lagipun mak kam selalu buat lontong daun....

    BalasPadam
  5. Assalam Che'Iza, apa khabar? Lamanya x jenguk dapur Iza nih..bz eh, tenggelam timbul dia..hehe... Weeey belum raya lgk dah hidang ketupat nih..mana aci..! Ni guna ketupat pulut segera ke ketupat nasi segera ni Che Iza...hehe

    BalasPadam
  6. Salam che'iza kicap pekat tu masin atau manis

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...