Isnin, 31 Ogos 2009

Roti Sardin


Buat ni nak kasi perabih inti sardin masa wat puff sardin hari tu... Tak tahulah... camaner anak bujang den sorang ni... berantu mkn tepung... apa jer berasaskan tepung terutama kategori roti... dia suker... Nasib baiklah ada tepung rege subsidi...kalau tak mau den tanam gandum....


Bahan-bahan
  • 1biji telur
  • breadcrumbs

Untuk roti
  • 200g tepung roti ( saya pakai tepung gandum jer)
  • *110ml air suam
  • *1 sudu kecil dry yeast
  • *1 sb gula
  • 1 sb susu tepung
  • 1 sk butter
  • 1 sudu kecil dry yeast
  • sedikit garam
Untuk Inti
  • 1 tin kecil sardin
  • 2 biji bawang besar- potong dadu
  • 1 sb lada boh
  • 1 sk air asam jawa
  • garam, gula n perasa kalau suker

Cara-cara

Untuk Inti
  1. Tumis lada boh hingga garing.
  2. Masukkan sardin.. gaul, sambil tu tekan2 bg sardin tu hancur
  3. Masukkan air asam jawa... diikuti ngan bawang besar
  4. letak garam, gula n perasa.
  5. masak hingga inti kering
Untuk roti
  1. Masukkan air, gula dan dry yeast ke dalam mangkuk. Kacau biar rata. biarkan hingga dia berbuih. Masukkan bahan2 lain.
  2. Uli sehingga menjadi doh yg licin dan tak melekat ditangan.
  3. Tutupkan mangkuk dengan tuala lembab. Biarkan naik sehingga 2 kali ganda
  4. Tumbuk-tumbuk doh roti untuk keluarkan angin.
  5. Biarkan doh roti rehat selama 15-20 minit.
  6. Tumbuk-tumbuk lagi doh roti... uli dan bahagi kepada bebarapa ketul doh... Saya buat 10 biji..
  7. Letakkan inti ditengah-tengah. Buat sampai habis..
  8. Biarkan roti naik 2 kali ganda.
  9. Pukul telur dengan garfu setakat nak satukan kuning n putih jer.
  10. Celup roti dalam telur. Kemudian salut dengan breadcrumbs. Goreng dengan hingga golden brown....



3 ulasan:

  1. salam k.iza..gebu tgk roti sardin ni..sedapnya..

    BalasPadam
  2. salam che`iza!! alalala...comel nyer woti nih!! sedap nihhh...

    BalasPadam
  3. salam che'iza...senang masak simple dimple masa bukak puasa...klu dah makan camtu..sahur akak goreng telur mata kerbau..pastu tuang kicap...tak rajin nak masak lagi..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...