Khamis, 20 Ogos 2009

Bubur Lambuk


Lagi 2 hari jer lg umat islam kat malaysia ni ...... akan mula menjalankan ibadah puasa..... bahangnyer dah terasa... yg bg kad puasa pun dah ramai.... Semangat dan keseronokan nak menyambut puasa makin terasa.... tapi tak setanding ngan tekak yg mengalahkan org nak berbuka puasa...... Ingat puasa... ingat mesjid.... ehhhh alih2... teringat kat bubur lambuk lak.... yerlah, selalukan mesjid bg free..... ehehehhehehhhh..... Jemput.....


Bahan-bahan
  • 1 cawan beras
  • *4 ulas bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *sedikit halia
  • *lada hitam biji
  • 1 sb udang kering
  • rempah tumis
  • 2 sb rempah sup (saya guna adabi)
  • serbuk lada sulah sikit
  • 2 helai pandan disimpul
  • sedikit kacang kuda (dlm segenggam kot, direndam terlebih dulu)
  • 200 daging cincang ( saya guna dgg separuh n ayam separuh)
  • 3/4 cawan santanpekat
  • 2 btg serai diketuk
  • sedikit minyak sapi
  • daun sup n daun bawang
  • bawang goreng
  • garam & gula secukup rasa

Cara-cara
  1. Panaskan minyak, tumis rempah tumis n daun pandan. Sebelum tu kisar bahan bertanda*, kemudian masukkan bahan yang telah di kisar bersama.
  2. Bila dah naik bau, masukkan rempah sup. Tumis hingga naik minyak.
  3. Masukkan pula daging, air n beras yg telah dibasuh dan juga kacang kuda yg telah direndam. Biarkan bubur merenih. Bila beras sudah mula kembang masukkan santan n serai.
  4. Buhlah garam , serbuk lada sulah n pak aji kalau suker, masak lagi sehingga mendidih. Saya suker masukkan sekala hirisan daun sup n daun bawang dlm bubur.....
  5. Hiaskan dengan bawang goreng & daun sup n daun bawang.

2 ulasan:

  1. baru nampak org buat bubur lambuk kat tv tadi. cheiza dah makan dulu.. hulur2 le semangkuk dua...

    BalasPadam
  2. Semangkuk jer ker.... eh boleh... meh dtg rumah....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...