Isnin, 5 Januari 2009

Gulai Lemak Udang Nenas

Dah 2 minggu dah rasanyer, tak der beli lauk (bahan mentah basah)... Sebab duk ngabihkan stok yang ada.. tak tahu naper , suka lak mkn nenas akhir2 ni... tapi tak berani nak makan mentah... Kenalah buat apa2 ngan nenas tu.....

Kat utara ni.... Mak Aiiii nenas punyerlah mahal... Dia punyer besar... alahai, kepala my dotter pun besar lg.... May be pada org lain murah kot.. tapi kalau kat batu pahat... tak sampai seringgit tau... Kadang2 duk terfikir gak, camanerlah org yg duk kat perlis ni erk.... Majoriti petani dan kerja sendiri, bahan makan lak mahal nak banding ngan kat batu pahat..... Jgn marah eh, sebb saya org batu pahat..... so nak banding pun ngan batu pahat jerlah sbb kat tempat lain, saya tak tahu harga... ehehehheh...

Ada udang masak gulai lemak sedap letak nenas.... sebelah jerlah sbb sebelah lagi dah wat air.....



Bahan-Bahan
  • 1/2kg udang
  • 1biji nenas
  • *4 biji bawang merah
  • *3 ulas bawang putih
  • *1/2 inci kunyit hidup
  • 2 sb ladah boh/ lada giling
  • Sedikit belacan ( agak-agaklah tapi tak de pun tak pe)
  • 1 batang serai
  • garam, gula dan pak aji kalau suka
  • 1 1/2 cawan santan pekat (300gm). Saya guna santan kotak ayam brand yg kecil 1 1/2 kotak.
  • 2 cawan air ( kepekatan dan banyaknya kuah ni ikut citarasa masing2)
Cara-cara
  1. Bersihkan udang dan buang muncung dia.
  2. Potong nenas ikut suka.
  3. Tumbuk bahan-bahan bertanda *. Masukkan air ke dalam periuk bersama lada boh, belacan dan serai yang dititik. Masak sampai mendidih.
  4. Masukkan nenas yang sudah dipotong dan masak hingga nenas separuh masak.
  5. Masukkan santan pekat ke dalam periuk. Kena jagalah jangan sampai pecah santan.
  6. Bila kuah dah mendidih masukkan udang. Bolehlah letak garam, gula dan perasa ikut sesedap rasa. Jangan masak udang lama sangat sebab nanti hilang manis dia dan isi udang akan jadi keras



3 ulasan:

  1. Salam kenal.. Emm.. sedapnya.. tgk gambar dah terliur.. udang dah ada dlm fridge, nenas takder plak.. next week la buat.. kat sini aymy beli brg seminggu sekali jer..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...