Sejak ngandung ni suker lak mkn nenas..... tapi atas faktor kesihatan, takut sebenarnyer nak mkn... tapi mcm biasalah.... nafsu dan keinginan lebih mengatasi.... So kenalah buat sesuatu kat nenas ni... biar dia tak terlalu tajam dan selamat tuk dimakan...... Ni minuman wajib ni masa bulan puasa, kalau kat rumah mak.....
.
Bahan-bahan
Cara-cara

Bahan-bahan
- 1. Sebiji nenas
- 2. 1 liter air
- 3. 100 gm gula
- 4. 50 gm gula batu (nak manis lebihkan gula)
- 5. Sedikit pewarna kuning
Cara-cara
- Potong nenas dalam bentuk kiub
- Masak nenas yang telah dipotong bersama gula, air dan pewarna. Masak sehingga nenas lembut.
- Siap untuk diminum, Cuma perlu tambah air batu sahaja ( tapi tunggu air nenas tu sejuk dulu). Boleh juga masak nenas tadi lebih lama hingga airnya jadi pekat macam air gula. Simpan dalam fridge boleh tahan 3 bulan.
- Nak best lagi boleh tambah nata de coco.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan