Rabu, 27 Ogos 2008

Mee Rebus Tulang

Jom makan........



Bahan-bahan
  • 600 gm mee kuning
  • taugeh
  • 3-4 biji kentang (tgk saizlah eh) direbus
  • 3-4 biji telur direbus
  • 3-4 kpg tauhu di goreng
  • lada merah n bawang merah
  • caipo n limau kasturi
  • *UTK KUAH*
  • 5 sb lada boh
  • *3-4 biji bawang merah
  • *3 ulas bawang putih
  • *2-3 batang serai
  • *1 inci lengkuas
  • *2 sb udang kering
  • 2 sb campuran ketumbar jintan disangai
  • 400 gm tulang rusuk ( takde tulang daging pun boleh)
  • 1 1/2 cwn santan pekat
  • 2 sb taucho
  • 1 1/2 sb gula merah
  • garam n perasa jika suka
Cara-cara
  1. Rebus tulang hinnga empuk.... Bila tulang hampir empuk masukkan taucho dan biarkan mereneh.... Kemudian masukkan santan pekat...
  2. Sementara itu dikuali lain... tumis lada boh hingga garing.... Kisar bahan bertanda *... masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau dan terbit minyak....
  3. Kisar ketumbar jintan yg telah disangai td, masukkan kedlm bahan tumis... biar garing dan naik bau... masukkan bahan tumis kedlm kuah rebusan daging tadi.....
  4. Masukkan gula merah, garam n perasa jika suka..... Biar hingga kuah pekat... (boleh letak keledek, kentang atau tepung jagung utk memekatkan kuah)
  5. Rebus mee dan celur taugeh.. kemudian tapis.....
  6. Potong kentang, tauhu, telur, lada merah n bawang ikut suke nak potong camaner..
  7. letak mee, taugeh n bahan lain termasuk caipo dan limau kasturi... tuanglah kuah kat atasnyer..... siap....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...