Isnin, 4 Ogos 2008

Ketupat Goreng

Arihtu buat ketupat segera..... terlebih lah pulak..... Simpan dlm fridge, alamak kantoi lak ngan my son...... dia suruh goreng...Teringat kat fridge ada lebih sambal sotong (sotong rendam).... Okaylah buat ketupat goreng lah...... Tak tahu lah kenapa tapi suka buat ketupat/lontong goreng guna sambal sotongnyer sambal.....

Maybe ramai yg tak tahu kot..... my mom ada kedai makan... kat kedai makan my mom ada jual ketupat goreng ni.... tapi guna nasi impitlah, sbb sekali ada jual lontong.... memang lakulah, tapi la ni dah tak ada.... suka hati my momlah kejap nak buat...kejap tak.... tapi yg betulnya org tua tu dah tak larat nak buat nasi impit byk2..... Resepi dia nilah guna sambal sotong.........



Bahan- bahan
  • 1 buku ketupat segera potong kecil2
  • 2 sb sambal sotong (guna cili boh pun boleh)
  • *6-7 biji cili padi
  • *2 biji bawang merah
  • *1 ulas bawang putih
  • *1 sb ikan bilis (leh sub ngan udang kering)
  • 1 batang kacang panjang potong kecil
  • 1 inci lobak merah didadu kecil
  • 1 biji telur
  • sedikit garam, gula
  • 1 sk pati ikan bilis
  • 1 helai daun sup dihiris halus
Cara - Cara
  1. Tumbuk bahan2 bertanda *..... Siap tumbuk tumis bahan2 tu hingga naik bau...
  2. Masukkan sambal sotong atau cili boh..... tumis hingga terbit minyak.....
  3. Masukkan sedikit air (biasanya saya akan letak dlm 2sb air dlm lesung bekas menumbuk tadi..
  4. Bila rencah ditumis agak pekat, masukkan kacang panjang n lobak merah....
  5. Masukkan garam, secubit gula dan pati ikan bilis...
  6. Masukkan ketupat yg telah dipotong kecil..... gaul rata
  7. Pecahkan telur dan gaul rata... hingga telur sebati ngan ketupat......
  8. Akhir sekali masukkan daun sup dan gaul rata..... ( Tak tahu nape suka gaul kat ketupat rather than tabur, sedap kot kat tekak den ni)
Kalau suka boleh letak ayam, udang atau sayur2 lain yg kita suka.......



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...