Akak kat bawah rumah den ni... anak dia tak berapa sihat... Kena ulang alik pi spital utk buat rawatan... Kesian gak kat dia kehulu-hilir terkejar ngan keja, ngan anak sekolah lagi... So mak dia mailah dari ganu tolong jaga anak dia... Biasalah org tua duk rumah .. Rajin wat minum petang.... Asyik keja ngantar bekas jer kat den ni hah.... Adeiii naik seganlah.... dah ada 5 bekas dah oiii..... So dgn rajinnyer den buatlah kueh ni nak mulangkan bekas kakak ni..... One down... 4 more to come.....
Bahan-bahan
Bahan A
- 110gm gula pasir
- 400ml
- beberapa helai daun pandan
- 150 g tepung beras
- 80 g tepung sagu
- 20 g tepung hoen kwe
- 250 ml santan pekat
- 200 ml air
- secubit garam
- Sedikit pewarna
- 2-3 helai lg daun pandan
Cara-cara
- Masak Bahan A hingga hingga gula larut. Sejukkan dan ketepikan
- kacau semua bahan b hingga sebati, masukkan air gula tadi. Gaul hingga sebati.
- Bahagikan kepada beberapa bahagian dgn sama banyak. (Den buat 4 bahagian ) Biasanyer 3 warna jer.. merah , hijau n putih..... tapi den tambah satu lg kuning.. heheheh... Warnakan satu dgn warna hijau, satu lagi dgn warna merah dan warna asal (putih) serta kuning...
- Bahagikan separuh bahagian bg setiap adunan menjadi 2... So setiap warna ada 2 bahagian...
- Panaskan kukusan bersama beberapa helai daun pandan. Sapu loyang dgn sedikit minyak pada dasar dan tepi. Panaskan loyang dalam kukusan terlebih dahulu.
- Mulakan kukus dgn satu bahagian (ikut suker nak warna apa dulu) selama 5 minit, ikutilah langkah yg sama berselang seli hingga habis adunan... Utk lapisan terakhir kukus selama 20-25 minit...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan