Isnin, 21 Julai 2008

Bakso

Bulan lepas masa kat kampung.... terasa nak mkn bakso... So aku n my sis pilah kat sri gading nak cari kedai yg ada jual bakso ni...... Truly memang indonesianya baksolah...... Sampai2 carilah kedai tu... dah tak de dah..... Emmmmm kempunanlah nak makan bakso ni.... lama dah pun tak pergi kat situ, 4 tahun kot......eheheheh........

My sis bagilah cadangan dia kata kat peserai lama ada..... kat ngan mampan.... so apalagi, jalan..... Sampai situ orderlah bakso...... Emmmm kuah dia bukan tak best cuma it's just a good sup tp bukan kuah bakso... bebolalah dia pun rasa dia lain..... tapi memandangkan den ni lapar n tak kesah......Makan jerlah.... belasah jer..... balik rumah...cam biasa lepak kat warong mak.. duk citelah pi mkn bakso..... Lupa lak my mom ada pekerja indon ni sorang... akak ni org bukit tinggi dia pun ajarlah camana nak buat bakso.......




Bahan-bahan

Bebola daging
  • 400 gm daging lembu kisar
  • 2 biji bawang merah diracik halus
  • 2 ulas bawang putih diracik halus
  • sedikit lada sulah
  • 1 sk tepung ubi / jagung
  • 2 sb telur (1/2 biji)
  • sedikit garam
Kuah
  • 2 biji bawang merah dihiris
  • *2 ulas bawang putih
  • *1/2 inci halia
  • *1 sk lada putih biji.
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 sb pati daging / ayam
  • sedikit serbuk lada sulah
  • Garam n perasa
Cara -cara
  1. Utk bebola, gaul semua bahan utk bebola. bentukkan bulat (ikut suka nak besar camana)
  2. Siap buat bebola ketepikan dulu.
  3. Utk Kuah, tumbuk bahan bertanda *. Kemudian panaskan minyak dan tumis bawang merah hingga garing. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi dan serai. Biar garing n naik bau, masukkan air. Masukkan pati dading, serbuk lada sulah, sedikit garam n perasa.
  4. Bila mendidih masukkan bebola yg telah siap dibentuk tadi. Bila bebola timbul maknanya bebola dah masak dan sedia tuk dihidang...
  5. Boleh gunakan mee kuning atau bee hoon.
  6. Biasanya bakso dihidangkan dgn taugeh dan hirisan kobis halus..
  7. Bakso sedap dimakan dgn lada n bawang putih yg ditumbuk... berasingan dgn kicap... Kicap yg diguna ialah kicap ABC. kat indonesia mcm tulah.....


2 ulasan:

  1. bakso ni skali pandang nampak mcm soto je, tpi dia xde nasi himpit ek...jakun x penah makan..hehehe

    BalasPadam
  2. Tak pernah ker Kak G kat batu pahat ada kedai dia lah..... Rasa lebih kurang gaklah ngan soto.. kat indon bakso tu maknanya bebola daging....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...