Isnin, 2 Jun 2008

Inang-inang

Susahnyer nak cari kuih ni kalau kita tak duduk kat melaka………Nak buat pun tak derlah susah sgt…. cuma perlukan bantuan cahaya matahari yg indah lagi terik…… Lagi satu, yg paling penting sekali…. semangat nak buat…….

Inang- Inang

Bahan-bahan

  1. 1 kg beras pulut
  2. Lebih kurang 6 cwn air / separa dgn pulut
  3. Sedikit garam
  4. pewarna merah, kuning n hijau @ apa2 warna kite suka
  5. sedikit kapur dicampur dgn air

Cara-cara

  • Basuh pulut bersih, sebelum tu rendam pulut dlm 1 jam pun okey. Letak pulut dlm loyang n masukkan air agak2 paras pulut, letak sikit garam dan ratakan. Kukus pulut hingga tanak
  • Kuarkan pulut dari loyang, bahgikan pulut pada 3. Setiap satu bahagian titiskan dgn sedikit pewarna (sikit jer), gaul rata. Ratakan pulut atas loyang atau dulang… ratakan senipis yg mungkin.
  • Dgn menggunakan terap (terlebih dahulu basahkan tgn dan penerap dgn sikit air kapur), cetak pulut yg telah diratakan tadi. Susun pulut diatas dulang… Setelah siap menerap bolehlah dijemur……
  • Waktu inilah cahaya matahari yg indah itu akan membantu mengeringkan inang2 tu nanti… Kalau hari panas, 2 hari jemur pun dah okey dah……
Senangkan….. pada yg suka tp duk jauh dari melaka atau nak buat bisnes leh lah buat…….

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...