Jumaat, 4 Julai 2008

Mana budi mana bahasa?????

Minggu lepas, Den pegi kat sebuah IPTA ni yg terletak kat selatan malaysia ni. Datang dengan semangat dan harapan yg tinggi sampai jer kat pintu masuk, kat pintu keselamatan. Pengawal kat situ dgn sopan dan tertibnya tunjuklah kat mana arah yang patut dituju..

Sampai jer kat situ takde sapa2. Wahhh!!!! lengan ni senanglah nak berurusan. Kemudian aku didatangi oleh sorang lelaki bertanyakan tujuan aku. lepas beberapa ketika tiba2, dia minta diri sekejap, so kenalah aku tunggu.... Tapi setelah hampir 1/2 jam aku duk terpacak (tak dipelawa duduk walaupun ada byk kerusi kat situ) di tak juga muncul. Aku okay lagi tp hubby dah start panas dah, lebih panas lagi bila tgk staf kat situ lalu lalang saja jer tak de sorang pun yg tegur atau bertanya......... Bertambah2 lg panas bila kat tempat kami diri tu depan kaunter yg ada sorang kerani Oppssss kerani ker? kerani ker tak tau lah pulak kalau pegawai sbb dia amat tekun dan bersungguh2 duk kat kaunter perkhidmatan sambil lipat fliers.( Tak de salahnya kalau kita kerani, tak kiralah n17 ker n11 ker atau PAR sekalipun, tapi kita memang perlu berbudi bahasa) Disebabkan aku tak nak hubby aku jadi volcano so aku pi lah bertanya kat budak pompuan ni yg duk kat kaunter tu, mak oiiii punya berbudi bahasa budak tu.... Dgn penuh lagak dia jawab soalan aku mcm nak tak nak jer..... Kesian aku kena marah2 pagi buta ni..... Aku lak boleh senyum lagi kat dia.(org mcm nilah yg menyebabkan pandangan kita terhadap kerani jadi stereotaip). Susah sgat ker nak senyum.......... Lagi satu, sepanjang aku berdiri kat situ boleh dengar bunyi telepon tak henti2 tp tak de sorang pun yg angkat telepon nak kata tak de org... ramai jer aku tengok.... patutlah aku tepon tak pernah berangkat... nak mengesahkan lagi masa aku jadi pelakun tambahan duk diri jer tu, aku trylah call memang betul pun tak berangkat.

Rabu lepas aku pi lagi ke IPTA ni, tapi kali ni tak pergi kat bahagian pendaftar direct jer kat bahagian akademik. Org yang nak dicari takde. kemudian sorang staff kat situ bagi tau dia pi meeting. So aku kata tak pelah aku tunggu. Disebab dia seorang yang berhemah dan berbudi bahasa, dia suruh aku tinggalkan no. phone, supaya senang nak hubungi balik. Aku pun balik, yerlah mana tau lamakan. Tak sampai rumah dia dah call balik. Staff ni very polite dan tertib mcm langit ngan bumi ngan staff kat bahagian pendaftar..... Kesimpulannya bukan sebab org tu kerani ker pegawai ker jaga ker atau doktor.. tapi budi pekerti ni kualiti diri sendiri. Kita yang letak mana tinggi nyer budi bahasa kita..... kalau org kata berurusan dgn kerani sektor awam menyakitkan, salah tu bukan kerani yang salah sebaliknya individu, sebab satu tempat yg sama berlainan bahagian kita jumpa dua individu yang berbeza....... Sekadar tu utk renungan dan rujukan diri sendiri......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...