Isnin, 1 November 2010

Arau dah banjir

Baru td tghhari cite pasal perlis yg dah 3 hari hujan tak berenti..... Tak sempat nak tunggu 4 hari... sebahagian negeri perlis ni dah banjir... Tadi pg masa hubby pi hantar kids pi sekolah... hubby kata... tak banjir tp td balik ambik bebudak ni... Hubby dah menyinsing seluar dah... dia kata sekolah efund (Sekolah Tengku Budriah, arau) dah banjir dah... hubby kata tak memasal dia kena redah hujan.......

  Keadaan Sekolah Tengku Budriah yg dah banjir


  Tak paham den..... boleh main posing2 lak si efund ni kat banjir...



 Siri menjelajah kesekolah.... Ni keadaan kantin sekolah.....


  Ni anak saper lah ni... boleh main hujan lak.......

Nasi Ayam.... Ayammmmmmmmmmmmm Goreng Rempah...


Perlis ni hari ni dah masuk hari ke-3 n 2 mlm dah hujan tak berhenti... Kalau ikut pengalaman den duk kat perlis ni... genap 4 hari.. 4 mlm kalau berterusan hujan mcm ni... Boleh banjir...... 2-3 hari ni agak sibuk sikit... Sibuk melayan adik yg dtg dari johor... kesian dia... dtg jauh2, hujanlah pulak kat perlis... Dahlah ada baby... Tapi layankan jugaklah pi jln2... Mula2 plan nak bawak dia pi wang kelian dulu... tapi sbb wang kelian tu perniagaannyer agak terbuka... Ajer yg kuyup kan... Dah tak memasal jd memori daun pisanglah pulak... So bawak dia pi pdg besar jerlah.... Hari ni dia pi langkawi... Ntah apa khaborlah lengkawi hujan2 ni....

Hujan2 ni punyalah tahap gaban malasnyer... So layan malas ni... kita makan nasi ayam...ayamnyer den goreng jer..... senang...... heheheheh


Nasi Ayam

Untuk nasi

Bahan-bahan
  • 1 cwn beras
  • 1 cwn beras basmathi
  • sehelai daun pandan disimpul
  • 1 inci halia diketuk
  • 1 btg serai diketuk
  • 1ulas bwng putih diketuk
  • 2 1/2 cwn air
  • 1 kiub ayam
  • sedikit garam
Cara-cara
  1. Den sumbat semua dlm  rice cooker tekan cook.. kang dia masak sendiri..... hehehehe

Kuah sup 

Bahan-bahan
  • 1 biji bwg merah
  • 1 ulas bwg putih
  • 1 cm halia
  • garam
  • sedikit kobis n lobak merah
  • 1 kiub ayam
Cara-cara
  1. Tumis bahan yg telah ditumbuk hingga garing n masukkan air
  2. Bila dam mendidi masukkan kiub ayam, lobak n kobis.
  3. Letakkan garam...

Untuk sos
 
Bahan-bahan
  • 4-5 biji lada merah dikisar
  • 1 cm halia dikisar
  • 1 ulas bawang putih
  • 3 sb sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 biji limau kasturi (ambil airnyer) 
  • sedikit garam n gula
Cara-cara
  1. Den blend jer semua...
 
Ayam Goreng

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam
  • * 1 inci halia
  • * 1 inci kunyit
  • * 3 ulas bawang putih
  • * 1 inci lengkuas
  • * 2 batang serai
  • 1 sb serbuk kari
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • 1 sk serbuk jintan manis
  • sedikit garam n perasa
Cara-cara
  1. Potong ayam kecil2 dan bersihkan... keringkan airnyer
  2. Tumbuk semua bahan bertanda *. Gaul bahan tumbuk ngan ayam tadi...
  3. masukkan sekali rempah kari n serbuk ketumbar n serbuk jintan manis.
  4. Biarkan dlm 30 min.... Goreng hingga kekuningan.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...