Khamis, 31 Julai 2008

Daging Pedas Berempah........

Hari tu suruh cik hubby pi beli daging..... Ingat nak buat sate goreng...... Tapi nak buat sate ni kena perap dulu... Tak tahulah kenapa tapi tok guru yg ajar tu kata 4 hari kurang-kurangyer... Yolah den ikut jerlah...... Dah siap perap... Baru terfikir, apalak nak makan tghhari ni karang kang..... Alang2 dah duk pegang daging ni ambiklah sikit buat sambal pedas ..... Dia mcm dendeng tapi lain sikit... Tak tahu apa nama nak bagi kat lauk daging ni hah....... bolehlah bagi dia nama daging pedas berempah sobab kalo tanyo omak den pun.... dia kato lagu tu gok.... So layannn jerlah......




Bahan - Bahan

Bahan A
  • 1/2 kg daging
  • 1 inci lengkuas diketuk
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk
  • 1/2 inci halia ditumbuk
Bahan B
  • *3 biji bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *1/2 inci halia
  • *1/2 inci kunyit
  • *2 sb campuran ketumbar, jintan putih dan manis
  • *1 batang serai
  • *5 batang lada merah (lada hidup)
  • 2 sb cili boh
  • 2 sb sos tomato/cili
  • sedikit garam n gula
  • perasa kalau suka.
Cara-cara
  1. Rebus daging dgn semua bahan A hingga daging empuk. Ketepikan daging dan biarkan sejuk sebelum dihiris
  2. Kisar semua bahan bertanda * pada bahan2 B
  3. Tumis cili boh hingga garing. masukkan bahan yg sudah dikisar, tumis hingga garing dan terbit minyak.
  4. Sementara menunggu rempah yg ditumis garing... hiris daging, nipis-nipis... Simpan air rebusan daging.
  5. Bila bahan ditumis sudah terbit minyak masukkan air rebusan daging, biarkan kuah mendidih. Masukkan daging.
  6. Masukkan sos cili, garam, gula n perasa kalau suka... Tumis hingga kuah agak pekat n kering.......

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum Puan

    Nampak menyelerakan masakan ini.
    1st time visit yr blog.
    Dan 1st time nak masak sendiri.

    Nak minta izin nak copy resipi ni?
    Boleh ?

    Terima kasih
    Ain

    BalasPadam
  2. Thanks coz sudi singgah...
    Jemputlah datang selalu...
    Boleh jer.... ambiklah...
    Resipi kat sini pun utk dikongsi.....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...