Ahad, 13 Julai 2008

Kerabu Pucuk Kunyit



Bahan-bahan ( 2-3 org )

* 6-7 helai daun pucuk kunyit (kalau yg masih bergulung2 tu lagi sedap)
* 1 ekor ikan kembong (70-80gm) dibakar
* 1 sk udang kering basuh dan digoreng
* 1 biji bawang merah
* 10-12 biji cili padi
* 1 batang serai
* 50 gm (2 sb) kelapa parut disangai hingga kuning
* #1 biji limau kasturi
* #sedikit garam, gula n perasa kalau suka

Cara-cara

1. Pucuk kunyit dibersihkan, hiris halus mcm nak buat bunga rampai. Masukkan dlm satu bekas. ketepikan

2. Ambil isi ikan dan tumbuk bersama semua bahan lain kecuali yg bertanda #, tumbuk kasar2 pun tak pe..

3. Masukkan bahan yg telah ditumbuk kedlm bekas berisi daun kunyit tadi. Perahkan air limau kasturi. Masukkan garam, gula n perasa. Gaul sekata n siap...... bolehlah dihidang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...