Isnin, 1 November 2010

Nasi Ayam.... Ayammmmmmmmmmmmm Goreng Rempah...


Perlis ni hari ni dah masuk hari ke-3 n 2 mlm dah hujan tak berhenti... Kalau ikut pengalaman den duk kat perlis ni... genap 4 hari.. 4 mlm kalau berterusan hujan mcm ni... Boleh banjir...... 2-3 hari ni agak sibuk sikit... Sibuk melayan adik yg dtg dari johor... kesian dia... dtg jauh2, hujanlah pulak kat perlis... Dahlah ada baby... Tapi layankan jugaklah pi jln2... Mula2 plan nak bawak dia pi wang kelian dulu... tapi sbb wang kelian tu perniagaannyer agak terbuka... Ajer yg kuyup kan... Dah tak memasal jd memori daun pisanglah pulak... So bawak dia pi pdg besar jerlah.... Hari ni dia pi langkawi... Ntah apa khaborlah lengkawi hujan2 ni....

Hujan2 ni punyalah tahap gaban malasnyer... So layan malas ni... kita makan nasi ayam...ayamnyer den goreng jer..... senang...... heheheheh


Nasi Ayam

Untuk nasi

Bahan-bahan
  • 1 cwn beras
  • 1 cwn beras basmathi
  • sehelai daun pandan disimpul
  • 1 inci halia diketuk
  • 1 btg serai diketuk
  • 1ulas bwng putih diketuk
  • 2 1/2 cwn air
  • 1 kiub ayam
  • sedikit garam
Cara-cara
  1. Den sumbat semua dlm  rice cooker tekan cook.. kang dia masak sendiri..... hehehehe

Kuah sup 

Bahan-bahan
  • 1 biji bwg merah
  • 1 ulas bwg putih
  • 1 cm halia
  • garam
  • sedikit kobis n lobak merah
  • 1 kiub ayam
Cara-cara
  1. Tumis bahan yg telah ditumbuk hingga garing n masukkan air
  2. Bila dam mendidi masukkan kiub ayam, lobak n kobis.
  3. Letakkan garam...

Untuk sos
 
Bahan-bahan
  • 4-5 biji lada merah dikisar
  • 1 cm halia dikisar
  • 1 ulas bawang putih
  • 3 sb sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 biji limau kasturi (ambil airnyer) 
  • sedikit garam n gula
Cara-cara
  1. Den blend jer semua...
 
Ayam Goreng

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam
  • * 1 inci halia
  • * 1 inci kunyit
  • * 3 ulas bawang putih
  • * 1 inci lengkuas
  • * 2 batang serai
  • 1 sb serbuk kari
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • 1 sk serbuk jintan manis
  • sedikit garam n perasa
Cara-cara
  1. Potong ayam kecil2 dan bersihkan... keringkan airnyer
  2. Tumbuk semua bahan bertanda *. Gaul bahan tumbuk ngan ayam tadi...
  3. masukkan sekali rempah kari n serbuk ketumbar n serbuk jintan manis.
  4. Biarkan dlm 30 min.... Goreng hingga kekuningan.....


Khamis, 28 Oktober 2010

Ayam Goreng Kunyit yg interprem......


Apasallah pulak menyibukkan.... Sebenarnyerkan nak menunjuk... bukan menunjuk2 tau... menunjuk jer... Nak menunjuk mangkuk yg comel.... yg isi ayam kunyit ni..... hehehe.. Lama dah ni dpt dari kakakku sayang yg jauh kat Kuala Terengganu.... Akak tenkiu...i luv u so much.....Tapi segan sebab lama dah dpt tapi sbb lama dah tak sapu rumah... tu yg tak leh nak "menunjuk" tu..... So bila letak si ayam kunyit ni tak derlah rasa macam menunjuk2kan...... hehehehe.. Tapi dah mcm benda dah posing ngan mangkuk comel 4 segi ni...... 



Ayam goreng kunyit ni simple tapi sedap... kat tekak denlah.... buat pedas2 sikit... makan ngan nasi panas.... tak yah lauk lain dah..

Ayam Goreng Kunyit my style...

Bahan-bahan
  • sekeping dada ayam
  • *seulas bawang putih ditumbuk halus
  • *4 biji cili burung ditumbuk halus
  • *1 sk serbuk kuyit
  • *sedikit garam
  • 1 biji bawang besar dipotong
  • 2 btg kacang panjang di potong
  • 1 biji lada merah
  • 6-7 biji cili padi di hiris
Cara-cara
  1. Potong ayam kecil2. Basuh n tos kan.
  2. Gaul dgn bahan bertanda *.. Perap sekejap....
  3. Dgn minyak yg panas... goreng ayam hingga masak
  4. Akhir sekali masukkan bwg, kacang n cili padi....




Rabu, 27 Oktober 2010

Roti Jala..


Baru jer siap basuh pinggan makan tghhari.... Kena tidurkan anak kecik yg tak nak tido2.. Dah tu nak kena fikir nak buat apa tuk minum petang... Adeiiii lotih...... Dulu masa berdua bolehlah makan roti kering cicah kopi'O... Laa ni tak leh dah.... Sat gi... si efund akan tanya " Kita makan apa tuk minum petang?"... Padahal kat tangan dah pgg roti kering..... uiiittt... bertuah....




Biasanyer utk memudahkan diri sendiri.... setiap kali masak tghhari lauk kari... Petang kompem makan roti jala... hehehehe...... Den paling suker guna basic resepi kak Yatiezaini myr... Sebab sedap... bak kata Kak Norku sayang... kalau dlm aduan kek or batter ker whateverlah..biler letak susu... bukan saja melemakkan rasa malah melembutkan lg makanan tu... Tapi mmg betul tau........ Tapi sukatan dah ditukar ikut citarasa den......

Bahan-bahan
  • 310 gm tepung gandum
  • 450 ml air
  • 150 ml low fat milk (belasah jer, janji susu)
  • 1 biji telur saiz plg kecik
  • sedikit pewarna kuning.
  • garam secukup rasa.
Cara-cara2
  1. Campurkan semua adunan kacan ngan whisk hingga rata....
  2. Blend adunan.... tapis... Mulalah menjala.....

Selasa, 26 Oktober 2010

Jangan!!!!!!!!!!!......... Jangan!!!!!!!.......... bunuh diri


Gilo ko apo si iza ni?...... hehehee..... Jom bunuh diri........
 
Mehlah makan mee racun yg pemes kat Batu Pahat ni... Jgn tanyor den napo namo mee ni, mee racun.....den sungguh tak tau... Tapi apo yg den tau kalau diamalkan makan mee ni hari2 selama 100 hari... kompem selamat hidup.. Tak yoh laeii makan racun... Makan mee ni pun leh tenat jantung n kadar kolesterol.... Hehehe.... biasolahkan time makn kekadang lupo tentang kesihatan....

Macam maner nak ckp raso mee ni erk?... Dia... dia... dia sedaplah bg yg suko... Buatlah sendiri baru tau rasa dia macam maner....


Bahan-bahan
  • 600 g mee kuning
  • 1/2 kg tulang kambing
  • 1/2 inci hali ditumbuk
  • beberapa ekor udang, boleh tambah ayam ker sotong ker
  • 3-4 biji bawang merah dikisar
  • 2-3 ulas bawang putih dikisar
  • 4 sb lada boh
  • 5 sb sos tomato
  • 4 sb sos cili
  • 1 sb gula
  • 1 kiub ayam
  • 2 kelopak kobis ( nak letak sawi pun boleh)
  • sebiji tomato (dipotong baji)
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada sulah
Cara-cara
  1. Rebus tulang kambing dengan halia hingga empuk.
  2. Dalam kuali, tumis bahan kisar hingga kekuningan n naik bau.
  3. Masukkan lada boh, tumis hingga garing.
  4. Masukkan air rebusan tulang kambing, masukkan sos tomato n sos cili biar mendidih
  5. Masukkan udang, tulang kambing, gula, garam secukup rasa, kiub ayam n serbuk lada sulah. Masak hingga kuah agak pekat masukkan kobis n tomato.
  6. Masukkan mee.. Tapi den celur jer mee... Kuah tuang kemudian...
  7. Boleh letak telur kalu suker.... Den tak letak... dah byk dah kalori.... heheheh...
  8. Sedia di hidang... Taburkan daun bawang n bawang goreng..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...