Isnin, 8 September 2008

Kacang Botak

Ermmmm betul ker nama dia ni...... Tak tahu nama yg betul tuk snek ni.....

My MIL selalu buat ni.. especially tuk rayalah, sepatutnyer jd snek raya... Tapi kat rumah tu ada 3 org bujang... Mana boleh jd snek raya ni.... Jadi kudapan jer... lagipun masa nilah best nak mkn pun, raya kang tak larat lagi dah...... Diorang kat rumah tu panggil kacang botak

Kat rumah my mom lak lama dah tak buat... Tak tahu nak panggil apa... kitaorang adik-beradik panggil kacang salut pedas.. eheheheh.... Sukati kitaorang jer nak panggil apa... Apapun bendanyer tetap sama....

Semlm terasa nak mkn tu yang buat tu........



Bahan-bahan
  • 1/2 kg kacang tanah
  • 2 1/2 cwn tepung beras (lebih kuranglah)
  • 1/2 cwn santan
  • 1 1/2 sb serbuk kari
  • 1 sb serbuk cili
  • sedikit lada sulah
  • sebiji telur gred c jer
  • 1 1/2 sb gula
  • 1 sk garam
  • 2 sk serbuk pati ikan bilis / udang
  • 1/2 cwn air (bergantung)
Cara-cara..
  1. Basuh kacang bersih. Tapi ala kadarlah eh jgn over lak.... kang kembang. Toskan kacang.
  2. Bancuh 2 cwn tepung ( tinggalkan dulu 1/2 cwn) dgn semua bahan kecuali air... Gaul semua bahan hingga sebati.
  3. Perlahan2 masukkan air sikit2 hingga jadi aduan yg likat..
  4. Masukkan kacang yg telah ditoskan tadi kedlm bancuhan tepung. gaul rata.
  5. Tabur lebihan tepung beras atas bancuhan kacang tadi... Gaul sikit.... bertujuan utk bg kering sikit bancuhan kulit tepung tu dan tuk memisahkan kacang2 tu.
  6. Goreng dlm minyak yg panas... deep fry...

Macam byklah pulak bahan2 dia ni kan... Tapi kalau tgk betul2 senang jer bahan2 tu......

1 ulasan:

  1. memang sedap kacang ni... makin dikunyah... tau2 abis sebalang... heheh

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...