Isnin, 31 Ogos 2009

Roti Sardin


Buat ni nak kasi perabih inti sardin masa wat puff sardin hari tu... Tak tahulah... camaner anak bujang den sorang ni... berantu mkn tepung... apa jer berasaskan tepung terutama kategori roti... dia suker... Nasib baiklah ada tepung rege subsidi...kalau tak mau den tanam gandum....


Bahan-bahan
  • 1biji telur
  • breadcrumbs

Untuk roti
  • 200g tepung roti ( saya pakai tepung gandum jer)
  • *110ml air suam
  • *1 sudu kecil dry yeast
  • *1 sb gula
  • 1 sb susu tepung
  • 1 sk butter
  • 1 sudu kecil dry yeast
  • sedikit garam
Untuk Inti
  • 1 tin kecil sardin
  • 2 biji bawang besar- potong dadu
  • 1 sb lada boh
  • 1 sk air asam jawa
  • garam, gula n perasa kalau suker

Cara-cara

Untuk Inti
  1. Tumis lada boh hingga garing.
  2. Masukkan sardin.. gaul, sambil tu tekan2 bg sardin tu hancur
  3. Masukkan air asam jawa... diikuti ngan bawang besar
  4. letak garam, gula n perasa.
  5. masak hingga inti kering
Untuk roti
  1. Masukkan air, gula dan dry yeast ke dalam mangkuk. Kacau biar rata. biarkan hingga dia berbuih. Masukkan bahan2 lain.
  2. Uli sehingga menjadi doh yg licin dan tak melekat ditangan.
  3. Tutupkan mangkuk dengan tuala lembab. Biarkan naik sehingga 2 kali ganda
  4. Tumbuk-tumbuk doh roti untuk keluarkan angin.
  5. Biarkan doh roti rehat selama 15-20 minit.
  6. Tumbuk-tumbuk lagi doh roti... uli dan bahagi kepada bebarapa ketul doh... Saya buat 10 biji..
  7. Letakkan inti ditengah-tengah. Buat sampai habis..
  8. Biarkan roti naik 2 kali ganda.
  9. Pukul telur dengan garfu setakat nak satukan kuning n putih jer.
  10. Celup roti dalam telur. Kemudian salut dengan breadcrumbs. Goreng dengan hingga golden brown....



Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-52

Saya bangga jadi anak MALAYSIA....



Selamat Menyambut hari Kemerdekaan yg ke-52

Ahad, 30 Ogos 2009

Lepat Pisang

Sehari sebelum nak buat soto tu.... ntah apa kes terasa macam nak mkn lepat pisang lak.... Aduh terbayang2 rasanyer kalau lepat tu masuk dlm mulut ni.... Uishhh sedap... sedap.... tekak denlah... Sekali Cik Hubby leh pulak cakap.. "Sedapnyer kalau dpt mkn lepat pisang ada buh inti kelapa dlm dia...." Aduh... camaner boleh sama ni.... "Haahkan bang... sedap erk????.. tapi pisang tak der......" sanggup tu kuar ujan renyai2 pi cari pisang.... Nak mkn cik lepat pisang nyer pasal...... Mak den panggil belebat pisang... kalau kat johor rasanyer memang ler org panggil belebat.... tapi takut ado yg polik.... so kita panggil lepatlah nooo


Bahan-bahan
  • beberapa keping daun pisang
  • 500 gm pisang dilenyek halus (saya guna pisang emas)
  • 100 gm tpg gandum(bergantung jenis pisang yg kita guna)
  • 30 gm tpg jagung
  • 1 sb gula pasir (boleh up kalau rasa nak kena potong kaki)
  • 100 ml air gula melaka /merah
  • 60ml santan pekat
  • 1/2 cawan kelapa parut
  • secubit garam
utk inti
  • 1/ cwn kelapa parut (kalau boleh yg muda eh)
  • sedikit gram

Cara-cara
  1. Potong daun pisang selebar 15 cm n layukan. Mak den dia jemur... tapi den rajin.. den siram jer ngan air panas... hehhehe
  2. Campurkan pisang yg sudah dilenyek dgn tpg gandum, tpg beras, air gula melaka, gula, garam, kelapa parut dan pati santan.
  3. Satukan adunan.. tambah tpg gandum skit kalau adunan agak cair... bergantung pada jenis pisang, sebab ada sesetengah pisang yg akan berair bila dilenyek... tapi kalau keras buh santan sikit noooo
  4. Letak adunan tadi diatas daun pisang, sikit jer dlm 1/2 sb lengserkan.. letak kelapa parut yg telah digaul ngan garam.. Tutup balik ngan adunan tepung (dlm 1/2 sb gak)
  5. Kemudian lipatlah daun pisang tu......
  6. Susun lepat yg telah siap diatas pengukus yg terlebih dulu telah dipanaskan... Kukus selama 25-30 minit....
  7. Selamat melepat.......

Sabtu, 29 Ogos 2009

Soto

Hahhaha... baru nak masuk menu puasa hari ke-5.... Biasalahkan... ada handbag satu ni... Susah nak duduk kat dpn pc ni lelama..... nak kena usung kehulu-kehilir... ponat den... Masuk hari ke-5 puasa ni... tekak terasa nak makan sotolah pulok... Orang johor memang berantu makan soto ni.....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...