Khamis, 31 Julai 2008

Daging Pedas Berempah........

Hari tu suruh cik hubby pi beli daging..... Ingat nak buat sate goreng...... Tapi nak buat sate ni kena perap dulu... Tak tahulah kenapa tapi tok guru yg ajar tu kata 4 hari kurang-kurangyer... Yolah den ikut jerlah...... Dah siap perap... Baru terfikir, apalak nak makan tghhari ni karang kang..... Alang2 dah duk pegang daging ni ambiklah sikit buat sambal pedas ..... Dia mcm dendeng tapi lain sikit... Tak tahu apa nama nak bagi kat lauk daging ni hah....... bolehlah bagi dia nama daging pedas berempah sobab kalo tanyo omak den pun.... dia kato lagu tu gok.... So layannn jerlah......




Bahan - Bahan

Bahan A
  • 1/2 kg daging
  • 1 inci lengkuas diketuk
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk
  • 1/2 inci halia ditumbuk
Bahan B
  • *3 biji bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *1/2 inci halia
  • *1/2 inci kunyit
  • *2 sb campuran ketumbar, jintan putih dan manis
  • *1 batang serai
  • *5 batang lada merah (lada hidup)
  • 2 sb cili boh
  • 2 sb sos tomato/cili
  • sedikit garam n gula
  • perasa kalau suka.
Cara-cara
  1. Rebus daging dgn semua bahan A hingga daging empuk. Ketepikan daging dan biarkan sejuk sebelum dihiris
  2. Kisar semua bahan bertanda * pada bahan2 B
  3. Tumis cili boh hingga garing. masukkan bahan yg sudah dikisar, tumis hingga garing dan terbit minyak.
  4. Sementara menunggu rempah yg ditumis garing... hiris daging, nipis-nipis... Simpan air rebusan daging.
  5. Bila bahan ditumis sudah terbit minyak masukkan air rebusan daging, biarkan kuah mendidih. Masukkan daging.
  6. Masukkan sos cili, garam, gula n perasa kalau suka... Tumis hingga kuah agak pekat n kering.......

Rabu, 30 Julai 2008

Teh Candu ker Teh Dangdut

Ingat lagi first time den jumpa air teh ni..... Masa tu on the way balik ke kampung, Singgah kat R&R Gunung Semanggul (Bukit Merah).... Nampak lak satu kedai jual air tu...ada gambar teh tarik, cam best jer....sbb air tu berlapis macam coffee latte lah pulak..... Nama dia lucu.. Teh Candu, tanyalah kat budak yg jaga kedai tu.... apa rasa teh ni, dia kata mcm teh tarik biasa jer...... oh yer ker..... Sbb sifat ingin tahu yg menebal ni, den pun orderlah air teh candu ni satu...... Cun tul air tu... penat den fikir camaner agaknyer dia buat air ni... Yelah kalau mee kari sedap boleh gak agak2 bahan2nya... Tapi ni method, boleh ker main try2 ni............

Semalam kat MYR kuar lak resepi ni air teh ni hah...... Tapi ada kata nama teh ni Teh Dangdut, sebab dia goyang2 gedik gitu, ye ker.... Yang tu tak pastilah pulak....... So dgn penuh semangat nak trylah buat...... Percubaan pertama gagal... dia bercampur lak.... penat den fikir camana nak buat ni.... Akhirnya berkat berfikir berjaya gak buat.... eheheheh.... thanks sgt kat Siti Mariam for this method........

Ahad, 27 Julai 2008

Bila nak siap niii................

Week ni...... sgt2lah tak sehat... satu kerja tak leh buat... Masak pun yg simple sesangat...... nasib baiklah my kids tak kesah sgt.....Dlm duk melayan badan yg tak sehat ni terpandang lak satu sudut yg den tak jenguk2 lagi........

Huwahhhhhh....... my sis nyer hantaran tuk wedding dia... tak but lagi, boleh siap ker ni..........



Nampaknyer kenalah den menatap bendalah lepas ni... wedding pun dah nak dekat next month..... 080808........

Isnin, 21 Julai 2008

Bakso

Bulan lepas masa kat kampung.... terasa nak mkn bakso... So aku n my sis pilah kat sri gading nak cari kedai yg ada jual bakso ni...... Truly memang indonesianya baksolah...... Sampai2 carilah kedai tu... dah tak de dah..... Emmmmm kempunanlah nak makan bakso ni.... lama dah pun tak pergi kat situ, 4 tahun kot......eheheheh........

My sis bagilah cadangan dia kata kat peserai lama ada..... kat ngan mampan.... so apalagi, jalan..... Sampai situ orderlah bakso...... Emmmm kuah dia bukan tak best cuma it's just a good sup tp bukan kuah bakso... bebolalah dia pun rasa dia lain..... tapi memandangkan den ni lapar n tak kesah......Makan jerlah.... belasah jer..... balik rumah...cam biasa lepak kat warong mak.. duk citelah pi mkn bakso..... Lupa lak my mom ada pekerja indon ni sorang... akak ni org bukit tinggi dia pun ajarlah camana nak buat bakso.......




Bahan-bahan

Bebola daging
  • 400 gm daging lembu kisar
  • 2 biji bawang merah diracik halus
  • 2 ulas bawang putih diracik halus
  • sedikit lada sulah
  • 1 sk tepung ubi / jagung
  • 2 sb telur (1/2 biji)
  • sedikit garam
Kuah
  • 2 biji bawang merah dihiris
  • *2 ulas bawang putih
  • *1/2 inci halia
  • *1 sk lada putih biji.
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 sb pati daging / ayam
  • sedikit serbuk lada sulah
  • Garam n perasa
Cara -cara
  1. Utk bebola, gaul semua bahan utk bebola. bentukkan bulat (ikut suka nak besar camana)
  2. Siap buat bebola ketepikan dulu.
  3. Utk Kuah, tumbuk bahan bertanda *. Kemudian panaskan minyak dan tumis bawang merah hingga garing. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi dan serai. Biar garing n naik bau, masukkan air. Masukkan pati dading, serbuk lada sulah, sedikit garam n perasa.
  4. Bila mendidih masukkan bebola yg telah siap dibentuk tadi. Bila bebola timbul maknanya bebola dah masak dan sedia tuk dihidang...
  5. Boleh gunakan mee kuning atau bee hoon.
  6. Biasanya bakso dihidangkan dgn taugeh dan hirisan kobis halus..
  7. Bakso sedap dimakan dgn lada n bawang putih yg ditumbuk... berasingan dgn kicap... Kicap yg diguna ialah kicap ABC. kat indonesia mcm tulah.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...